View the 2020-2021 refurbishment of Kelab Alami Nature Heritage Centre whether you begin at the top or bottom of this timeline.
3.6.21
Hari ini kami ingin mengongsikan pemandangan sekeliling di kawasan Kelab Alami Nature And Heritage Centre (Kelab Alami baru). Pemandangan sekeliling yang amat tenang dan menarik yang dipenuhi dengan pokok - pokok hutan.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada IRDA, LPJ dan PTP kerana telah banyak membantu kami untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini. Tidak lupa juga kepada yang berkaitan membantu kami seperti sumbangan tenaga dan idea untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada IRDA, LPJ dan PTP kerana telah banyak membantu kami untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini. Tidak lupa juga kepada yang berkaitan membantu kami seperti sumbangan tenaga dan idea untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini.
26.5.21
Hari ini kami ingin berkongsi mengenai perkembangan terkini Kelab Alami Nature & Heritage Centre. Pada minggu ini kami menjalankan aktiviti penyediaan pusat pameran seperti pembuatan replika, penyediaan barangan terpakai dari nelayan dan plan pusat pameran. Pusat pameran ini dijangkakan akan dibuka pada orang ramai sebaik sahaja pkp selesai. Kami berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk kampung yang menyumbangkan sejumlah dana iaitu sekitar RM1,000 dan barangan terpakai untuk kami melaksanakan pusat pameran ini. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak IRDA, LPJ dan PTP yang telah membantu memberi sumbangan untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage Centre ini. Tidak lupa juga kepada pihak KPRJ yang telah menyumbangkan pelbagai jenis perabot yang kami gunakan di kawasan pusat pameran. Kami amat menghargai sokongan dan bantuan kepada meraka yang terlibat untuk menjayakan Kelab Alami Nature & Heritage centre.
Kami berbesar hati kepada penduduk kampung yang ingin menyumbang barang-barang terpakai dan gambar lama seperti :
- Artifek lama
- Gambar - gambar lama untuk buku yang kami akan terbitkan tidak lama lagi.
Jutaan terima kasih daripada kami Kelab Alami Mukim Tg Kupang.
Kami berbesar hati kepada penduduk kampung yang ingin menyumbang barang-barang terpakai dan gambar lama seperti :
- Artifek lama
- Gambar - gambar lama untuk buku yang kami akan terbitkan tidak lama lagi.
Jutaan terima kasih daripada kami Kelab Alami Mukim Tg Kupang.
19.3.21
Pada hari ini, kami sangat terharu dengan rombongan daripada Marlborough College Malaysia (EduCity), yang hantar 18 pelajar dan 3 guru untuk tolong kami di site. Mereka memang sukarelawan yang bersemangat, laju dan sesangat kuat! Sebelum kami sempat ulaskan tugas, perabot yang telah ditanda sudah mula berangkat ke bilik dan ruang yang tertentu. Ada juga yang tolong menanam pokok (yang didermakan oleh PKRJ juga!). Memang laju la diaorg kerja. Ini hanya program pertama – minggu depan mereka akan dating lagi. Cerita ini akan bersambung…
|
Today we are truly grateful for the visit by Marlborough College Malaysia (located in EduCity). We welcomed 18 students and 3 teachers who volunteered to haul furniture and plant the landscaping that we’d collected (also from PKRJ!). They worked faster than we could issue instructions, and like lightning the furniture was sent to their proper rooms and the plants were happily buried in soil. Amazing. Many thanks to Rob for arranging this! It’s just the beginning though – we’ll see them again next week. More adventures to come!
|
16.3.21
Dua hari selepas kami kerja berat di PKRJ, kami ambik stok barang yang telah dihantar ke KANHC. Memang banyak la. Derma barang2 dan tenaga yang memang kami tidak dapat berkira atau kembalikan. Kami sesangat bersyukur dan terharu dgn bebesar hati pelbagai malaikat yang tolong kami capai impian bergini. Terima kasih semua…
|
Two days after the hard slog at PKRJ, we did a stock-take of everything that was taken to KANHC. Only then did it sink in. What a lot of stuff. This donation, and the sheer energy put in by everyone to bring it back to site is immeasurable. We will never be able to repay your generosity. We are so grateful for everyone’s kindness and for these angels who are making our dream come true. Thank you everyone!
|
14.3.21
Jutaan terima kasih kepada Prasana Rakyat Johor (KPRJ) yang sudi dana pelbagai perabot daripada ofis lama mereka untuk KANHC, terutama Dato’ Mohd Noorazam & En. Mohamad Nor yang uruskan semua. Memang macam bermimpi kami, apabila dapat tahu ada peluang bergini. Kami sesangat terharu juga dengan usaha Mr Low dan kawan2nya yang sudi tolong memuka perabot tersebut (termasuk pendingin hawa!), angkat dan hantar semua sekali ke site (pusing 3 kali!). Semua tidak boleh selesai tanpa semangat kawan2 rempit Kelab & nelayan yang tunggu di site sampai malam.
|
A million thank you’s to KPRJ, especially to Dato’ Mohd Noorazam, En. Mohamad Nor & KA Advisor Li Ann (who arranged everything for us!). It’s like an incredible dream! None of this would have been possible without the unparalleled help of Mr Low and his team. They helped to dismantle, haul and send everything to site (including a/c! – 3 round trips!) over a single day. And of course, we cannot forget the tireless energy of our rempit friends and fishermen who helped load & unload everything till nightfall. We have been truly blessed…
|
12.3.21
Jutaan terima kasih kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) - terutama kepada Dato' Hj Mohd Noorazam dan En. Mohd Nur atas dana perabot pejabat lama yang akan diubahsuai dan pokok-pokok landscaping yang juga akan ditanam semula. Kami berterima kasih di atas sikap bermurah hati anda.
|
A million thanks to Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) - especially to Dato' Hj Mohd Noorazam and En. Mohd Nur for your generous donation of used furniture and landscaping. Your kindness is truly appreciated, you've made such a huge difference to our KANHC building and grounds!!
|
10.3.21
Contractor kami, Mr Low, memang besar hati. Beliau sesangat risau tentang keselamatan barang & budak2 kami di KANHC. Apabila dia dapat tahu yang kami tidak cukup bajet untuk pasang pagar dan gate baru, dia terus pasang sahaja pagar yang dia ada. Lepas tu, dia dermakan cat - dan terus suruh pekerja dia cat tembok sekali. Beliau kata - itu semua barang recycle, yang penting keselamatan. Kami memang besyukur dengan kebaikkan Mr Low selama projek ni. Terima kasih Uncle! Jasa baik anda tidak akan dilupai...
|
Mr Low, our contractor is a truly amazing man. He's been pretty worried about our security and safety. But because he realised we didn't have the budget to pay for fencing or another gate, he decided to just give them to us. He said they are all recycled from other projects he's had, and he wants to be more comfortable with the fact that we are a little safer. He then also donated paint and had his men paint the outer walls! We are so blessed - thank you millions, Mr Low - we will never ever forget your incredible kindness!!!
|
8.3.21
Gambar2 ni ditangkap masa nak senja - jadi ada macam 'mood lighting' sikit - tapi kami sesangat bangga sebab dalam kawasan pameran kami sudah nampak bersih. Kawasan bawah tangga pun sudah jadi stor. Di tingkat 1, tingkap di pejabat kami pun sudah dipasang. Di luar pulak, sebelum kami boleh kelip mata, tempat mandi2 dan sinki lab pun dah siap. Projek ni memang jalan dengan lancar!
|
Some of these photos were taken to add a bit of 'mood lighting' to the scene, but really, we are so proud of how clean and shiny our exhibition area looks now. We even have a new storeroom under the stairs. Upstairs, our future office has the windows all done and it looks bright and cheery in the day. Outside, in the blink of an eye, the sink for our lab and outdoor showers are ready. We have so many plans - these tools to make them reality are ready!!!
|
25.2.21
Hari ni kami tangkap gambar tandas - sebab semua sudah hampir siap! Tandas ni memang penting sebab sebelum ni, selama 12 tahun yg kami ada programme, kami guna rumah kg yg hanya ada SATU tandas. Memang susah untuk pelancong yang datang. Jadi sekarang, kami ada juga 'obsessed' dgn tandas - kami nak tentukan tetamu kami ada cukup tandas, harap2 kami semua boleh kerjasama untuk jaga kebersihannya pulak! Selain daripada tu - bab electrical dan wiring pun jalan dgn lancar - thank you Mr Chin!!
|
Our toilets are almost ready! It's a very exciting development as we've always had a severe lack of toilets. For all the 12 years that we've been running, we rented a kampung house with only 1 toilet. It was tough on our guests (and ourselves!). So now we're a little obsessed with ensuring that we have enough facilities for everyone. Toilets are very very important rooms! And they are almost ready yay! Now we hope we can all work together to keep them clean... Also running along smoothly are the wiring and electrical fixtures. Thank you Mr Chin!!
|
18.2.21
Hari ini ada banyak perubahan yg mengejutkan. Kami sebenarnya tidak cukup dana untuk buat pagar besi ni, walaupun bab keselamatan sangat penting. Tetiba Mr Low (contractor HEBAT kami) suruh pekerja dia pasangkan sahaja - dia dermakan pagar!!! Kami sesangat terharu atas bebesar hati Mr Low... mcm tak pecaya. Tapi tengok gambar2 ni... memang ada! Ada juga perubahan di tandas dan sinki sebelah lab. Memang jalan dengan lancar semuanya...
|
Today we got a huge surprise at KANHC site - we have fencing! Actually we don't have enough budget for this. But our super-amazing contractor Mr Low asked his staff to fix them anyway. He donated them to us!!! It's totally unbelievable - but it's there! Fencing! He's been really worried about our security. And there is huge progress with the toilets, prayer room and the sink outside the lab. What an amazing sink! So excited... progress!!!
|
11.2.21
Hari ni kerja semua fokus kpd longkang. Sebab inilah penting. Samada untuk perjalanan air dari tandas dan sebab kami tidak mahu mana2 bertakung air dan membiak nyamuk denggi. JCB pun sudah masuk untuk gali tanah - septic tank sudah masuk, dan longkang yang penting sudah dibersihkan. Ada juga longkang yang kami akan guna sebagai pasu pokok... akan datang! DAN... Mr Low pasang gate kedua! Dia bagi sahaja! Memang baik la kontraktor kami - siap mintak JCB tarik batu2 besar tu jadi org takboleh suka2 masuk kawasan. Yay!!
|
Today the focus is on drainage. This is important as we need to make sure there is no problem with water from the toilets - and sewage! The septic tank was put in too. So the JCB came in to do the digging and clear existing drains as we also don't want water to collect to breed dengue mosquitoes! Some of our drains will be transformed into instant flower pots though - look out for it soon! AND Mr Low put in a second gate! Totally free! And asked the JCB to block the rest of the gate. Such a fantastic contractor - we are so blessed...
|
6.2.21
Pintu! Pelbagai jenis pintu! Pintu kaca ada, grill ada, zink ada... pintu dalam, pintu luar. Banyak sudah dipasang. Memang cantik la tempat kami ni. (maaf ye kalau terlalu bangga pulak! tapi kami pun tak sangka perubahan yang sudah berlaku disini. macam masih mimpi...) Selain daripada tu - kami ada juga ramp untuk sesiapa yang guna kerusi roda. Harap2 selesa untuk semua...
|
Doors! So many types of doors... glass doors, grills, zinc pull down doors, doors inside the building - it's really made a huge difference to the look and feel of the place. We really are still stunned at the transformation and how our faraway dream is actually really becoming reality. Thanks to all the amazingly generous souls working on it. We've also got a ramp for those in wheelchairs! We hope the site will be comfortable for all...
|
21.1.21
Mata2 bangunan sudah dipasang! Hari ni tingakap semua masuk. Nampak kemas dan cantik juga. Dan di bumbung kami sudah mintak tukar satu keping zink ke 'skylight' jadi ada cahaya di tangga ke tingkat atas. Kalau tidak agak gelap dan sempit juga (ngeri heh)... Pekerja Mr Low pun sudah mula cat tembok bangunan di belakang - dan yang nampak paling mewah adalah bumbung depan. Memang hebat la, cara dia bergantung gitu. Tercengang kami semua tengok...
|
The eyes of the building have come in... windows are up! The building suddenly looks neat and finished (though it's got a long way to go). And we now have a skylight on our roof! So the stairwell to the first floor is less dark (and creepy!). That ray of light makes a huge difference. Mr Low's staff have also started painting the back of the building. But the most amazing development is the awning - it just hangs! Such amazing engineering - jaw drop. We are stunned.
|
7.1.21
Pada hari ini, team Kawan Iskandar Malaysia (KIM) dari IRDA melawat site KANHC untuk perhatikan perjalanan projek. Rasanya semua okay - Kimi (project development coordinator) terangkan ttg semua perkembangan yang sudah berlaku. IRDA KIM adalah penaja dana untuk pengubahsuaian KANHC. Jutaan terima kasih kpd IRDA!!!! Impian kami tidak dapat dicapai tanpa anda...
|
Today the IRDA Kawan Iskandar Malaysia (KIM) team paid a visit to the KANHC site for a progress inspection. As the donors of the RM199,000 grant that allowed us to refurbish the site, they'd come to check on how the building-works were going. Kimi updated them on developments and showed them around. A million thank you's for your generosity. Our dream would not be possible without you...
|
17.12.20
Ada perkembangan menarik! Kerja pendawaian sudah bermula! Pekerja Mr Chin telah letak kotak pendawaian sepanjang bangunan (yg berwarna oren di dalam gambar tu). Pada masa depan, kami akan ada CAHAYA! Dan tengoklah pintu kaca kami (dan Kimi sedang tangkap gambar heh). Monyet pun suka pintu ni - Krew KA sudah perhatikan mereka tengok diri dia di pintu (macam bergaduh dengan diri sendiri pun ada... pelik juga).
|
Exciting progress - wiring and cabling has begun! Mr Chin's team put in the casings that will hold the wires that will give us LIGHT! (those orange strips on the ceiling). And check out our new door - this is for the reception area (you can see Kimi in the reflection). It seems the monkeys are enjoying their reflection too. Or... fighting with themselves in it haha!
|
14.12.20
Pada hari ni di KANHC, kami ada lawatan oleh En. Hisham (sekarang di UEM, dahulu di IRDA). En. Hisham lah yang bagi kami semangat pada tahun 2015 untuk sambung usaha di Kelab Alami, dan mencari jalan dan peluang dari pembangunan yang naik sekiling kami. Hari ni, beliau singgah pasar dan warung bersama kawan2nya, dan melawat site untk dapat lebih matlamat ttg impian kami. Harap2 kami dapat kerjasama lagi satu hari - terima kasih En.Hisham sudi datang!
|
Today at KANHC, we had a visit by En. Hisham (now at UEM, formerly at IRDA). En. Hisham was the one who gave us the strength to continue Kelab Alami when we thought of shutting it down in 2014. He taught us to make use of the developments around us, and find a way to participate in and benefit from it. Today he stopped by our market and warung, then popped by KANHC to find out its progress and hear our vision for it. Thank you En. Hisham, for being a part of our world - and for bringing your friends to see us too!
|
9.12.20
Team Dron Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) singgah site hari ni untuk tangkap gambar pengubahan. Yang paling terang adalah bumbung yang baru naik. Masa pertama mereka hadir, bumbung pun tiada. Dapatlah gambar2 ni - sebab kami tiada dron! Thank you team LPJ sudi tolong...
|
The Drone Team of the Johor Port Authority (LPJ) stopped by the site today to take photos of recent progress. The biggest difference of course is the roof! When they first came to see the site (and help with the clean up!) there was no roof at all. There's been so much difference since. Thank you Drone Team for helping us out!
|
8.12.20
Bangunan kami sudah ada bumbung, tingkap dan paip untuk tadah air hujan! Banyak lagi kesan kerja Mr Low dan team dia. Tempat ini macam dibagi nyawa baru... Yang paling hebat, Mr Low ada juga guna bahan2 yang dikitar semula, contoh besi yang dikutip dari projek lama. Walaubagaimanapun, keselamatan kami diutamakan. Paip tadah air (rainwater harvesting), juga akan tolong kami jimat air dan adalah salah satu cara untuk kurangkan impak kami ke bumi.
|
Roof, windows & rainwater harvesting pipes are up! More signs of progress on site as our super-efficient contractor, Mr Low hustles his men to quickly put in windows and roof - giving this old building new life. In line with our plan to be as environmentally-friendly as possible, Mr Low uses some upcycled and recycled materials (while ensuring maximum safety at all times) and our rainwater harvesting pipes will also allow us to store water for dry days.
|
6.12.20
Inilah gotong-royong yang terakhir sebelum PKPB bermula. Jutaan terima kasih kepada Tam sekeluarga (termasuk isterinya, anak2nya dan adiknya, serta Youth Rangers yang masih muda sekali: Adam & Ayen sudi tolong kami hangkut pokok, tanah dan sebagainya dari parit dan longkang sekeliling bangunan. Kerja ini mesti diselesaikan jadi tidak bertakung air. Memang kerja berat... mungkin kami perlu mintak tolong JCB!
|
Last gotong-royong before CMCO is reinstated! A million thanks to Tam & family, as well as 2 of our Youth Rangers (Adam & Ayen) for their help in clearing the drains - we need to get the roots and mud out so that the water can flow and they can build the septic tank and fix the drainage. It's a lot of work... maybe we need to call in a JCB!
|
30.11.20
Kerja memasang wayar elektrik sudah mula! Jutaan terima kasih kepada Mr S.K. Chong daripada Sheng Net Electrical Engineering atas runding yang baik dan bebesar hati - dan kerja yang sangat ligat dan cepat! Tak lama lagi... kami akan ada cahaya!!!
|
Wiring work has begun! Many thanks to our contractor Mr S.K. Chong of Sheng Net Electrical Engineering for his generosity, understanding and super-speedy work! Very soon... there will be light!!
|
25.11.20
Pembinaan & pengubahsuaian bermula hari ni. Terima kasih Mr Low daripada Uang Soon Hock Awning Enterprise yang kerjasama dengan kami untuk dapatkan harga yang sangat menolong bajet ketat kami. Yang paling menarik ialah: Mr Low mengguna barang yang pernah diguna di projek dan bangunan lain. Maksudnya, kami upcycle bangunan betul2 dgn barang semulajadi... Yaaaayy!!!
|
Construction began today. Many thanks to Mr Low of Uang Soon Hock Awning Enterprise who is working with us to give us what we need at such a great cost that meets our super-limited budget. The best part of the whole deal is that Mr Low uses recycled materials gathered from past projects and buildings. This means that we are not only upcycling the building but we are also using recycled (but safe!) materials to do the job... Yahooooo!!!
|
8.11.20
Kami dari Kelab Alami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Educity dan NMUC kerana sudi menghulurkan bantuan menjalankan aktiviti gotong royong di Kelab Alami Nature & Heritage Centre pada 8 November 2020. Nasib baik aktiviti dapat dijalan sebelum PKPB bermula. Terima kasih kepada nelayan Cik Angah kerana sudi membantu bungkus makanan untuk sukarelawan.
|
Kelab Alami would like to thank EduCity and NMUC for their support and volunteers for the gotong royong on 8th November 2020. Fortunately, the activities were carried out before the Conditional Movement Control Order (CMCO. Thanks to fisherman Cik Angah for helping to pack lunch for the volunteers.
|
22.10.20
Terima kasih, kami ucapkan kepada penaja yang bermurah hati, menolong kami membuat pembersihan di kawasan KANHC dan kepada Abang JCB yang menyempurnakan kerja-kerja tersebut dengan teliti walaupu kena sengat tebuan semasa menjalankan tugas. Terima kasih juga kepada Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Pelabuhan Tg Pelepas (PTP) kerana memberi kami menggunakan kawasan yang cantik ini.
|
Thank you to our generous sponsor who provided machinery to assist in our site clearing and also the Abang JCB who completed the job beautifully and got stung by wasps in the line of duty. Thank you to the Johor Port Authority (JPA) and the Port of Tg Pelepas (PTP) for allowing us the use of this amazing piece of land.
|
11.10.20
Update untuk hari ke2 program Gotong Royong membersihkan kawasan tapak Kelab Alami Nature and Heritage Centre. Banyak usaha dari pelbagai pihak untuk merialisasikan impian yang telah lama diimpikan. Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan perancangan ini. Terima kasih juga kepada Pak Ali & volunteer dari Lembaga Pelabuhan Johor yang sudi meluangkan masa & tenaga untuk membersihkan kawasan. Jasa kalian akan sentiasa dikenang.
|
Update for the 2nd day of communal work effort in the clearing of Kelab Alami Nature & Heritage Centre site. A lot of effort by multiple parties was put into realising our dream of having proper Kelab Alami facilities. We'd like to thank everyone involved in making this project happen. We would also like to thank Pak Ali and his volunteers from the Johor Port Authority (LPJ) for contributing their time and effort in the clearing of the site. We will never ever forget how kind and generous you've always been to us!
|
10.10.20
Hai semua pada hari yang paling indah ini kami dari ahli Kelab Alami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu kami dalam menjalankan aktiviti bergotong royong ini; dari pagi hingga petang. Kami sangat berbangga atas kerjasama yang diberi oleh semua pihak terutama dari Lembaga Pelabuhan Johor, penduduk kampung serta Youth Rangers Kelab Alami dan kami tak akan lupa ahli & ketua Koperasi Alami Johor Berhad: Abg Salleh & Abg Salleh! Tanpa anda semua, gotong-royong ini tidak akan berjaya.
|
What an amazing day for Kelab Alami! Our dream is actually becoming reality... A million thanks to everyone who pitched in with the gotong-royong over the past week. They worked from morning til evening every day to ensure that the site is cleared. We are extremely proud and humbled by the support and belief in us - especially the Johor Port Authority, the Port of Tg Pelepas, the local community, the Kelab Alami Youth Rangers and our cooperative members. We couldn't have done it without you...
|
6.10.2020
Pada hari ini, kami telah menyertai beberpa perbincangan tentang perancangan masa hadapan yang akan berlaku. Terima kasih kepada pihak pengurusan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) & Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan beberapa pihak lagi, kerana turut serta untuk membantu merealisasikan impian dalam Community Sustainability.
Untuk pengetahuan semua, KANHC akan berpusat di hadapan masjid Tg Kupang dalam waktu terdekat. Gotong royong pembersihan kawasan juga akan diadakan pada 10&11 Oktober 2020. Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti gotong royong ini sebagai volunteer, anda boleh hubungi Hakimi Bakri (014-2580081). Terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu. |
Today, we had discussions with the management of both the Johor Port Authority (LPJ) and the Iskandar Regional Development Authority (IRDA) on Kelab Alami's plans to realise our Community Sustainability goals.
When it is finally ready, the Kelab Alami Nature & Heritage Centre (KANHC) will be located opposite the Tg Kupang mosque. We'll have a gotong-royong on 10th & 11th October 2020 to begin clean up work on site. If you would like to help out, please contact our coordinator, Hakimi Bakri (014-2580081) to register as a volunteer. Thank you to everyone who has helped to make this dream a possibility... |
8.9.20
Nampaknya kami sudah boleh bermula kerja di kawasan KANHC baru... harap2 PKPB tiada halangan lagi. Kumpulan konsultan kami datang untuk memeriksa bangunan sejak gotong-royong untuk bersihkan bangunan. Memang jauh beza daripada keadaan yang asal (selepas dibiar lebih 20 tahun!). Terima kasih semua sebab sudi tolong kami dengan bebesar hati anda... walaupun kami hanya boleh kenang jasa dgn makanan tradisi kampung... (tapi tetap ada ketam & udang!)
|
With the MCO over and conditions looking like it's getting back to normal, work on our KANHC site can restart (we hope). Our consultants came over to have a look at its current state and plot how to move forward. Before anything can begin, we need the right approvals, plans and most importantly budget! It's a huge difference inside the building after the community gotong-royong and everyone is excited to get the project moving. Thank you everyone for doing so much for us when we can only repay your amazing generosity & kindness... with seafood!
|
8.3.2020
Krew Kelab Alami dan nelayan Pendekar Laut serta Pengerusi Koperasi Alami Johor Berhad, Wan Salleh Junaini bergotong-royong untuk bersihkan bangunan bekas kilang Tobex yang berada di Kampung Tg Kupang. Pada masa hadapan, kawasan ini akan dibangunkan sebagai Kelab Alami Nature & Heritage Centre (KANHC).
Pada masa yang sama kami juga ambil inventori kawasan untuk dapatkan senarai keadaan bangunan dan tetapkan apa yang perlu dibaiki dan pengubahsuaian. |
The staff of Kelab Alami Mukim Tanjung Kupang, together with fishermen friends and Koperasi Alami Johor Berhad chairman Wan Salleh Junaini spent the day cleaning up the former Tenggara Asia Tobex Factory, the future home of the Kelab Alami Nature & Heritage Centre (KANHC).
A site inventory was also recorded during the gotong royong to determine what needed renovation. |
28.2.20 |
Selepas perjanjian dengan Pelabuhan Tg Pelepas (PTP) & Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) untuk benarkan kami mengguna kawasan ~5 ekar di pengujung tanah LPJ (yang sedang disewa oleh PTP), kami buat 'site inspection' untuk tentukan bangunan yang ada adalah selamat. Semua jalan dengan lancar... kerja boleh mula!!!
|
In late February, after the signing of the MOU with Port of Tanjung Pelepas (PTP) and Johor Port Authority (LPJ) for the rent-free tenancy to run CSR environmental activities, the development consultants inspected the site and found the building was structurally safe.
|
27.2.2020
Perunding pembangunan Razin Architects, Jurutera JRK Sdn Bhd (Jurutera Awam & Struktur), RMZ (Jurutera Mekanikal & Elektrik), ARH Jurukur Bahan Sdn Bhd (Juruukur Bahan) dan Jurukur Sejati (Juruukur), Pengurus Projek Tan Li Ann dan Dr Serina Rahman, pengasas Kelab Alami Mukim Tg Kupang berbincang tentang KANHC dengan Penasihat Projek Datuk Zamani Kassim, yang juga penaung Koperasi Alami Johor Berhad.
|
Development consultants Razin Architects, Jurutera JRK Sdn Bhd (Civil & Structural Engineers), RMZ (Mechanical & Electrical Engineers), ARH Jurukur Bahan Sdn Bhd (Quantity Surveyor) and Jurukur Sejati (Surveyor), Project Manager Tan Li Ann and Dr Serina Rahman, co-founder of Kelab Alami Mukim Tg Kupang discuss the design and plans of KANHC with Project Advisor Datuk Zamani Kassim, who is also the patron of Koperasi Alami Johor Berhad.
|